Wahab ditemani peguamnya Faizal selepas hadi membuat laporan polis ke atas Mr H di IPD Kajang hari ini.

KAJANG – Selepas kali terakhir muncul pada sidang media di sebuah hotel di Bangi 17 November lalu, Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani hari ini bersuara ringkas kepada media.

Selesai memberi keterangan kira-kira lima jam, Abdul Wahab ditemani peguamnya Faizal Abd Rahman bertemu para wartawan yang menunggu di luar pekarangan IPD Kajang sejak tengah hari tadi.

“Saya tertekan dan trauma. Saya nak bersihkan nama dan tuntut keadilan,” kata Abdul Wahab yang berusia 33 tahun dan terheret dalam penyebaran video tular membabitkan beliau dan bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus  Yusoff.

Diminta mengulas mengenai status jawatannya di J-KOM, Wahab memaklumkan beliau tidak pasti mengenai kedudukannya.

“Saya tak pasti lagi status jawatan di sana (J-KOM),” katanya.

Artikel berkaitan:

Rakaman video berdurasi tiga minit yang tular sejak 17 November lalu menjadi topik hangat di media sosial memaparkan perbualan antara Mohammad Agus bersama seorang lelaki.

Susulan itu, Mohammad Agus meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM selepas mendakwa video perbualan yang mengaitkan dirinya adalah palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab.

Pada sidang media khas berhubung isu itu, Abdul Wahab mendakwa dirinya dijadikan kambing hitam oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan Mohammad Agus oleh individu bernama Mr H. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast