Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR- Polis telah selesai menjalankan siasatan kes gangguan seksual membabitkan Ketua Pengarah sebuah agensi penguatkuasaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya telah mengambil keterangan daripada lima saksi, termasuk seorang wanita berusia 39 tahun, bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan yang dilengkapkan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara esok (Jumaat) untuk tindakan susulan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada 23 November lalu, Ketua Pengarah terbabit tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya untuk memberi keterangan selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita yang mengadu telah menerima gangguan seksual. – MalaysiaGazette