IPOH – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menyatakan sokongan terhadap perjuangan pembebasan rakyat Palestin dan mengecam keganasan yang berlaku ke atas Genting Gaza.
Susulan itu, Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid telah meminta kesemua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk berdiri seketika selama kira-kira seminit.
Katanya, perkara itu terdahulu telah dibawa menerusi perbincangan antara beliau dengan ADUN Kota Tampan, Datuk Seri Saarani Mohamad dan ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.
“Oleh demikian, menggunakan Perintah Tetap DUN 47 dan 94, saya bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan ADUN Kota Tampan dan ADUN Sungai Manik.
“Untuk itu saya minta untuk semua seisi DUN untuk berdiri seketika bagi kita menunjukkan tanda sokongan kepada rakyat Palestin dan penduduk Gaza,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Persidangan DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Jumaat.
Serangan dan keganasan tentera Zionis Isrel terhadap rakyat Palestin yang berlarutan lebih dari 40 hari mengakibatkan kematian ratusan ribu nyawa khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan wanita. -MG Perak
Artikel Berkaitan:
Semangat solidariti Palestin perlu diteruskan