Pihak berkuasa membantu mangsa banjir untuk di bawa ke PPS.

JOHOR BAHRU- Seramai 74 mangsa banjir daripada 22 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Raya Sungai Tiram yang dibuka sejak tengah  malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Johor Bahru menerusi kenyataan media berkata, jumlah mangsa meningkat berbanding 24 mangsa daripada enam keluarga pada malam sebelumnya.

“Kesemua mereka (mangsa) kini ditempatkan di PPS selepas kawasan kediaman mereka di Jalan Mak Piah dan Jalan Batu 10 dinaiki air banjir malam tadi.

“Bagaimanapun air mulai surut setakat jam ini dan pihak kami terus melakukan pemantauan berterusan,” katanya.

Kenyataan itu turut melaporkan pengurusan banjir negeri menerima laporan kejadian ribut petang semalam.

“Kawasan yang terlibat di Jalan Keris 26 dan Jalan Keris 18, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram,” katanya.- MalaysiaGazette