KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan selepas didakwa merogol anak angkatnya selama dua minggu berturut-turut.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, mangsa yang berusia 19 tahun dirogol suspek sejak dia tinggal di perumahan di Sungai Tengi Kanan, di Tanjong Karang.
Kali terakhir mangsa dirogol suspek berusia 43 tahun adalah pada jam 1 pagi, 27 Mac lalu.
Perbuatan jijik suspek terbongkar selepas ibu mangsa mengambilnya dan membuat laporan polis.
“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan pemeriksaan mengesahkan dia dirogol,” katanya dalam satu kenyataan.
Suspek ditahan di Seri Alam, Johor pada 26 November lalu selepas dia menghilangkan diri.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette