Dr Muhamad Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Kekecohan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Sulaimani menghala ke Kuantan, ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman semalam tercetus apabila pintu kereta yang dinaikinya ditendang penyokong Pas.

Ketua Pemuda Pergerakan UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh tampil memberikan penjelasan berhubung insiden tersebut.

“Bila saya turun ketepi, memang nampak saya turun (dalam video) kita dengan tenang ada video saya turun, kita turun tak apa buat apa-apa provokasi sekalipun.

“Tapi apabila saya lihat kawan saya yang tengah pandu kereta itu nak masuk semula untuk memastikan jalan selamat nak masuk, kereta pintu ditendang dan terkena kepada beliau, jadi kita boleh tengok dalam video polis yang datang untuk menenangkan penyokong Pas itu yang mana penyokong Pas ini yang mula-mula buat provokasi,” katanya dalam video berdurasi seminit 11 saat di Faceboknya hari ini.

Penjelasan itu dibuat Akmal ketika tular sebuah video kekecohan di flashmob PRK Parlimen Kemaman.

Kekecohan berlaku kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan sekumpulan anggota polis yang memantau keadaan di kawasan itu terpaksa meleraikan perbalahan berlaku antara penyokong kedua-dua parti.

Menurut Ketua Pemuda Pas Terengganu, Mohd Harun Esa, keadaan yang pada mulanya tenang menjadi huru-hara apabila kenderaan dinaiki Akmal berhenti secara tiba-tiba di tengah jalan ketika lampu isyarat di persimpangan itu berwarna hijau.

Satu laporan polis dibuat Mohd Harun berhubung insiden dan provokasi yang dicetuskan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman malam tadi.

Mengulas lanjut, Akmal berkata pihaknya bersedia untuk memberikan kerjasama dengan polis berhubung laporan polis berkenaan.

“Saya berani hadapi kerana saya yakin kita berada di pihak yang benar,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Macam ni berbelit stori pun boleh siar ke? Apa wartawan nak maklumkan dalam berita ni? Hairan, mcm mana editor boleh faham ya?

Comments are closed.