Fasha Sandha dilantik duta sempena pembukaan Alfaro bagi cawangan Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Pelakon, Fasha Sandha mengakui dirinya tidak terkesan dengan isu suami curang dan berkahwin dua yang belum reda diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Walaupun beliau berkahwin kali kedua bersama suaminya sekarang, Aidil namun beliau tidak melatah dengan isu yang tular kerana berpendapat ia tidak memberi manfaat buat diri dan kariernya.

“Sejujurnya  saya dan suami saya tidak pernah membincangkan perkara ini. Sebolehnya saya tidak mahu bercakap mengenai soal isu yang melanda di dalam Malaysia yang sangat panas.

“Jujur benda itu sudah berlarutan dalam seminggu tetapi sehingga hari ini saya dan suami tidak pernah langsung berbual mengenai perkara ini. Bagi saya, kita sebenarnya tidak boleh bercakap lebih kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi kepada kita. Jadi lebih baik kita diam dari berkata-kata.

“Daripada kita mahu pesan itu ini dengan suami kita jangan buat tetapi mereka tetap boleh buat dan zaman sekarang pun wanita  sudah mampu menguasai dunia sekiranya wanita itu berkerjaya dan mempunyai wang ringgit, dia tak akan ditindas,” katanya ditemui pemberita ketika hadir di Pembukaan Meriah cawangan Alfaro di sini semalam.

Pemilik Alfaro, Farooq (tengah ) bersama Fasha Sandha memberi sumbangan kepada anak-anak yatim di Johor semalam.

Fasha yang mempunyai pengikut 5.3 milion di laman Instagram sentiasa bersikap positif ketika ditanya mengenai video kontroversi bersama suaminya.

Menurutnya, beliau tidak mampu untuk mengawal fikiran orang lain.

“Sebenarnya tidak perlu cipta kontroversi lagi untuk saya kerana pada ketika ini apa yang saya rasa mahu lakukan, saya akan lakukan.

“Saya tahu dan saya sedar orang yang lebih warak memberi komen. Pada pandangan saya jika nak beri komen itu hak masing-masing .Kalau you ambil positif, positiflah ia kalau negatif, negatif. Saya  tak kisah.

“Kita pun tidak gemar kepada penunggang agama yang gunakan kata-kata manis atau pandai berikan nasihat atau motivasi tetapi dia juga ada sisi gelap yang tidak betul.

“Biarlah orang nampak kita begini yang banyak khilafnya tetapi sisi kebaikan hanya Allah tahu,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast