KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON95, 97 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.05, RM3.47 dan 2.15 seliter bagi tempoh 7 hingga 13 Disember 2023.

Menurut Kementerian Kewngan, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya menerusi kenyataan.

Penetapan harga runcit produk petroleum yang dilakukan secara mingguan itu  menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism. – MalaysiaGazette