Tangkap layar video di media sosial memaparkan pemandu Viva putih yang didakwa menoreh kenderaan di tempat letak kereta di Bera

KUANTAN – Lelaki yang dirakam menoreh tayar kenderaan lain di tempat letak kereta Pasaraya Econsave, Triang di Bera baru-baru ini ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera menahan lelaki berbangsa Cina berusia 34 tahun itu di Pusat Perniagaan Bahau, Negeri Sembilan.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati suspek terlibat dengan empat kes khianat kenderaan sebagaimana yang dilaporkan berlaku dalam daerah Bera,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebilah gunting berukuran kira-kira 15 sentimeter (sm) dipercayai digunakan suspek semasa melakukan jenayah tersebut.

Selain itu, katanya, hasil semakan, suspek juga didapati mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Katanya, suspek direman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Dua hari lepas tular sebuah klip video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan perbuatan khianat individu memandu sebuah kereta jenis Perodua Viva berwarna putih menoreh kenderaan lain di kawasan tempat letak kereta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast