Penerima sumbangan Kotak Madani bergambar bersama ADUN Sedili Kecil, Muszaide Makmor (tengah) selepas menerima sumbangan masing-masing hari ini.

KOTA TINGGI – Seramai 50 nelayan di Kampung Sedili Kecil, Kota Tinggi menarik nafas lega apabila  menerima bantuan Kotak Rahmah Madani berbentuk barang keperluan harian sebagai langkah persediaan mereka menghadapi musim tengkujuh tidak lama lagi.

Nelayan Mohd Amin Zainal, 44, berkata, bantuan yang diterima hari ini mengurangkan sedikit kerisauan yang difikirkan selama ini.

Mohd Amin Zainal

Menurutnya, musim tengkujuh nanti sudah pasti menyebabkan golongan nelayan  tidak dapat turun ke laut selama berbulan-bulan.

“Banyak-banyak terima kasih kepada pemimpin kerana memberi sedikit sumbangan kepada kami terutama menjelang musim tengkujuh,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Menurut Mohd Amin, seperti tahun-tahun sebelumnya, setiap kali musim tengkujuh kira-kira 80 peratus nelayan akan terkesan kerana tidak dapat turun sehingga tiga bulan.

Bantuan itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sedili Kecil Muszaide Makmor dan Nazren Nasha, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sejak Januari hingga November, pelbagai bantuan bernilai RM50,000 telah diserahkan  secara berperingkat merangkumi peralatan jaring dan bantuan Kotak Rahmah Madani dan wang ihsan.

Jumlah itu, bagaimanapun tidak termasuk bantuan yang diagihkan hari ini.

Sementara itu Mohd Amir Ali, 40 yang telah 20 tahun menjadi nelayan dan mempunyai tiga anak juga bersyukur kerana bantuan berkenaan mampu menampung keluarganya buat sementara waktu.

Mohd Amir Ali

“Bila musim hujan pendapatan memang berkurangan kerana tak sama waktu musim teduh, tetapi memang terjejas teruklah.

“Laut bergelora, angin kuat memang kami tak akan turun laut. Sebab itu saya gembira dan mengalu-alukan bantuan yang diterima, sekurang-kurangnya meringankan beban saya. Alhamdulilallah,” ujar beliau.

Sementara itu, seorang lagi nelayan Darma Md Jais,39 berkata, dia tidak lagi memasang jaring berikutan keadaan yang kian tidak menentu.

Darma Md Jais

 

“Alhamdulilallah dengan bantuan yang diberi, dapat ringankan tanggungjawab saya. Dapatlah saya berjimat dalam perbelanjaan,” tambahnya.

Bagi nelayan veteran, Mohd Jasin Awang, 67 pula menyifatkan bantuan yang diberikan kepada nelayan menjelang musim tengkujuh memang cukup bermakna.

“Bukan sahaja bersyukur, malah saya gembira kerana ada pihak prihatin dengan nasib kami.

“Bila ada bantuan walaupun sebungkus garam pun kita akan bersyukur pada pihak berkenaan.,” ujarnya.

Mohd Jasin

 

Hari ini, hampir 30,00  nelayan berbentuk barangan keperluan termasuk kotak makann telah disalurkan kepada nealyan di kawasan Parlimen Kota Tinggi.

 

Bantuan disampaikan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sedili Kecil Muszaide Makmor dan

Pegawai Khas Parlimen Kota Tinggi Nazren Nasha.-MalaysiaGazette