Bangunan Bursa Malaysia di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Kaunter saham Opcom Holdings Bhd (Opcom) ditukar kepada Hextar Capital Bhd (Hexcap) mulai jam 9 pagi, 11 Disember 2023.

Bursa Malaysia dalam kenyataannya berkata, bagaimanapun nombor saham syarikat ini kekal.

Syarikat penyedia infrastruktur jalur lebar ini mendapat perhatian selepas memperoleh 18.03% kepentingan atau 70 juta saham dalam Binasat Communications Bhd yang berada dalam Pasaran ACE.

Pengambilalihan itu dibuat kurang daripada dua bulan selepas Opcom mengumumkan rancangan untuk membeli 49% kepentingan dalam Transgrid Ventures Sdn Bhd pada harga RM98 juta, melalui perjanjian tunai tambah saham, untuk mempelbagaikan perniagaan penghantaran dan pengedaran kuasa. – MalaysiaGazette