MUhammad dilaporkan hilang sejak semalam.

KUALA LUMPUR – Polis meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mencari atau menyalurkan maklumat mengenai seorang pelajar sekolah menengah berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, orang hilang itu dikenal pasti sebagai Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi berusia 14 tahun.

“Pada jam lebih kurang 1.21 tengah hari semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras telah menerima satu laporan bersabit terhadap seorang pelajar sekolah, Muhammad Daniel AkmalĀ  Zulkhairi berusia 14 tahun telah hilang.

“Mangsa kali terakhir dilihat berada di kawasan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras semalam lebih kurang pukul 12.30 tengah malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan mangsa mohon tampil ke Balai Polis berhampiran atau pun menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999. – MalaysiaGazette