KUALA LUMPUR – Tiada unsur penderaan pada tubuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang mati dibunuh, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
Hussein berkata, Zayn Rayyan telah dijaga dengan baik oleh keluarganya.
Jelas berkata, sebelum ini timbul persoalan sama ada mangsa telah didera namun laporan bedah siasat mengesahkan ia tidak berlaku.
“Saya ingin maklumkan, keluarga ini telah jaga baik anak mereka. Pasti mereka bersedih apabila ada pihak mengeluarkan kenyataan sewenangnya.
“Mohon ambil kira perasaan keluarga dan perkara paling utama adalah hentikan daripada salahkan keluarga dalam perkara ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, hari ini.
Sementara itu, Hussein meminta kerjasama orang ramai agar menyerahkan kepada polis untuk menjalankan tanggungjawab mereka.
“Saya beri jaminan polis akan lakukan yang terbaik sehingga suspek terlibat akan segera dibawa ke muka pengadilan,” ujarnya. – MalaysiaGazette