NEW YORK – Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya membantah resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melaksanakan gencatan senjata di Gaza.
AS merupakan satu-satunya negara yang mengundi untuk menentang resolusi itu yang turut menyaksikan Rusia dan United Kingdom mengambil pendirian untuk berkecuali.
Sebanyak 12 negara lain iaitu China, Perancis, Jepun, Switzerland, Emeriah Arab Bersatu, Albabia, Brazil, Ecuador, Gabon, Ghana, Malta dan Mozambique menyokong.
Wakil AS, Linda Thomas-Greenfield memberitahu, Majlis Keselamatan bahawa “tiada negara boleh atau harus bertolak ansur dengan apa yang Hamas lakukan pada 7 Oktober lalu”.
“Jika negara kita sendiri telah diserang dengan cara ini, kita semua akan mengharapkan majlis ini untuk mengesahkan hak kita untuk melindungi rakyat kita,” katanya.
Beliau menambah, bahagian paling tidak realistik dalam resolusi itu ialah gesaannya untuk “gencatan senjata tanpa syarat”.
“Resolusi ini pada asasnya mengatakan bahawa Israel hanya perlu bertolak ansur dengan ini, bahawa ia sepatutnya membenarkan keganasan ini tidak dikawal.”
Beliau menyebut pendirian ini “resepi untuk bencana, untuk Israel, untuk rakyat Palestin dan untuk seluruh wilayah.”
Wakil AS itu kemudian mengulangi apa yang sebelum ini dikatakan oleh Presiden, Joe Biden mengenai perkara itu bahawa penyelesaian dua negara adalah satu-satunya cara untuk mencapai keamanan yang berkekalan.
Sementara itu, Duta Israel ke PBB mengucapkan terima kasih kepada Presiden AS kerana “berdiri teguh” dengan Israel.
“Sedikit cahaya menolak banyak kegelapan,” kata Duta Besar Gilad Erdan dalam satu kenyataan merujuk kepada Hanukkah.
Wakil bagi Palestin, Ibrahim Khraishi yang mempunyai status pemerhati tetap pula berkata, kegagalan resolusi itu “sangat dikesali”.
“Ini adalah saat kebenaran,” katanya. “Ini adalah titik perubahan dalam sejarah”,
Wakil Palestin menambah Majlis Keselamatan gagal untuk menegakkan tanggungjawabnya dalam menghadapi apa yang disebutnya sebagai “krisis yang serius”.
“Berjuta-juta nyawa rakyat Palestin bergantung pada imbangan. Setiap satu daripadanya adalah suci, patut diselamatkan”.
Dia mengatakan Israel menjalankan perangnya “melalui kekejaman,” dan bahawa “ratusan orang akan terbunuh pada waktu ini esok”.
“Kanak-kanak akan dibunuh, yatim piatu, cedera, cacat seumur hidup. Bukan secara tersilap tetapi dengan rekaan kerana pembunuh tidak menghiraukan apa-apa pun kehidupan Palestin, dari buaian hingga ke kubur dan seterusnya”.
Undian tersebut dilakukan selepas Setiausaha Agung PBB, António Guterres menggunakan Artikel 99 Piagam PBB sesuatu yang tidak pernah beliau lakukan berikutan keadaan Gaza yang amat genting.- Agensi
Laknat Allah kpd Israel, sekutu dan penyokongnya.
USA is the children killer…they supporting genocide and imperialism…shame on U! Yet the muslim world and the Arabs like Saudi and Jordan still associate themselves with US, the blood thirsty butcher