Azam Azmi Murad. Foto Facebook TFC.

KUALA LUMPUR – Spekulasi mengenai perpindahan bintang muda, Terengganu FC (TFC), Azam Azmi Murad ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Malah laman Transfermarkt juga telah merekodkan perpindahan Azam Azmi ke JDT yang difahamkan bakal dilengkapkan pada Januari tahun hadapan.

Pada masa sama, TFC juga dikatakan sudah bersiap sedia mencari pengganti apabila dikhabarkan bakal membawa masuk pemain baharu di posisi tersebut.

Pemain yang dimaksudkan ialah pertahanan kanan Kelantan FC yang juga merupakan skuad bawah 23 tahun kebangsaan, M. Rakesh.

Untuk rekod, Rakesh telah beraksi dalam sembilan perlawanan Liga Super musim ini dengan berjaya menyumbang satu bantuan gol.

Selain itu, khidmat dia turut digunakan bersama skuad bawah 23 Kelantan yang beraksi dalam saingan Piala MFL 2023.

Rakesh merupakan seorang pemain yang versatil dan mampu beraksi di beberapa posisi seperti pertahanan kanan dan pertahanan tengah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast