Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan lima muka baharu dilantik sebagai menteri dan lima lagi sebagai timbalan menteri.

Menteri-menteri baharu ialah Menteri Digital, Gobind Singh Deo; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad; Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim dan Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Lima timbalan menteri yang baharu ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran; Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk K Ramanan; Timbalan Menteri Pendidakan, Wong Kah Woh dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Mereka yang digugurkan ialah bekas Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar; bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang & Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh dan bekas Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching.

Rombakan tersebut juga menyaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengetuai Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam yang baru diwujudkan.

Beliau yang sebelum ini memegang portfolio Menteri Perladangan dan Komoditi kini juga menjadi menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Sabah dan Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kekal sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Menteri-menteri yang bertukar portfolio ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan (sebelum ini Menteri Pertahanan); Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (sebelum ini Menteri Pendidikan Tinggi); Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (sebelum ini Menteri Luar); Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa (sebelum ini Menteri Kesihatan); Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Datuk Armizan Mohd Ali (sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak & Tugas-tugas Khas).

Selain Kementerian Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, kementerian-kementerian lain yang baharu adalah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital.

Jumlah menteri meningkat daripada 28 kepada 31 orang manakala jumlah timbalan menteri meningkat daripada 27 orang kepada 29 orang.

Jumlah keseluruhan anggota pentadbiran Kerajaan Perpaduan meningkat daripada 55 orang kepada 60 orang, masih rendah berbanding 70 orang dalam pentadbiran-pentadbiran sebelum ini.

Senarai penuh menteri dan timbalan menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan yang baharu adalah seperti berikut:

Perdana Menteri / Menteri Kewangan – Datuk Seri Anwar Ibrahim (kekal)

Menteri Kewangan II – Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (akan dilantik sebagai Senator)
Timbalan Menteri Kewangan – Lim Hui Ying (bertukar portfolio dari Timbalan Menteri Pendidikan)

Timbalan Perdana Menteri / Menteri KKDW – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kekal)
Timbalan – Datuk Rubiah Wang (kekal)

Timbalan Perdana Menteri / Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Hal Ehwal Sabah dan Sarawak – Datuk Seri Fadillah Yusof (kementerian baharu)
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam Akmal Nasir (bertukar portfolio dari Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan)

Menteri Pengangkutan – Anthony Loke (kekal)
Timbalan – Datuk Hasbi Habibollah (kekal)

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan – Datuk Seri Mohamad Sabu (kekal)
Timbalan – Datuk Arthur Joseph Kurup (bertukar portfolio dari Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)

Menteri Ekonomi – Rafizi Ramli (kekal)
Timbalan – Hanifah Hajar Taib (kekal)

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan – Nga Kor Ming (kekal)
Timbalan – Datuk Aiman Athirah Sabu (bertukar portfolio dari Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

Menteri Luar – Datuk Seri Mohamad Hasan (bertukar portfolio dari Menteri Pertahanan)
Timbalan – Datuk Mohamad Alamin (kekal)

Menteri Kerja Raya – Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (kekal)
Timbalan – Datuk Seri Ahmad Maslan (bertukar portfolio dari Timbalan Menteri Kewangan)

Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail (kekal)
Timbalan – Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (kekal)

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri – Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan – Liew Chin Tong

Menteri Pertahanan – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (bertukar portfolio dari Kementerian Pendidikan Tinggi)
Timbalan – Adly Zahari (kekal)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – Chang Lih Kang (kekal)
Timbalan – Datuk Mohammad Yusof Apdal (bertukar portfolio dari Timablan Menteri Pendidikan Tinggi)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Datuk Seri Nancy Shukri (kekal)
Timbalan – Datuk Seri Noraini Ahmad (baharu)

Menteri di JPM (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) – Datuk Seri Azalina Othman Said (kekal)
Timbalan – M Kulasegaran (baharu)

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam – Nik Nazmi Nik Ahmad (kekal, kementerian baharu, pecahan daripada NRECC)
Timbalan – Datuk Seri Huang Tiong Sii (kekal, kementerian baharu)

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi – Datuk Ewon Benedick (kekal)
Timbalan – Datuk K Ramanan (baharu)

Menteri Pendidikan Tinggi – Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (bertukar portfolio dari Menteri Luar)
Timbalan – Datuk Mustapha Sakmud (Bertukar portfolio dari Timbalan Menteri Sumber Manusia)

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya – Datuk Seri Tiong King Sing (kekal)
Timbalan – Khairul Firdaus Akbar Khan (kekal)

Menteri Komunikasi – Fahmi Fadzil (kekal, kementerian baharu, pecahan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital)
Timbalan – Teo Nie Ching (kekal, kementerian baharu)

Menteri Pendidikan – Fahdlina Sidek (kekal)
Timbalan – Wong Kah Woh (baharu)

Menteri Perpaduan – Datuk Aaron Ago Dagang (kekal)
Timbalan – Sarawasthy Kandasami (bertukar portfolio dari Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (kekal)
Timbalan – Dr Zulkifli Hasan (baharu, akan dilantik sebagai Senator)

Menteri Belia dan Sukan – Hannah Yeoh (kekal)
Timbalan – Adam Adli Abd Halim (kekal)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) – Dr Zaliha Mustafa (bertukar portfolio dari Menteri Kesihatan)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup – Datuk Armizan Mohd Ali (bertukar portfolio dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak & Tugas-tugas Khas)
Timbalan – Fuziah Salleh (kekal)

Menteri Perladangan dan Komoditi – Datuk Seri Johari Abdul Ghani (baharu)
Timbalan – Datuk Chan Foong Hin (bertukar portfolio dari Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan)

Menteri Kesihatan – Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (baharu)
Timbalan – Datuk Lukanisman Awang Sauni (kekal)

Menteri Digital – Gobind Singh Deo (kementerian baharu, pecahan dari Kementerian Komunikasi dan Digital)
Timbalan – Ugak Kumbong (bertukar portfolio dari Timbalan Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak & Tugas-tugas Khas)

Menteri Sumber Manusia – Steven Sim (baharu)
Timbalan – Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (bertukar portfolio dari Timbalan Menteri Kerja Raya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast