KUALA LUMPUR – Setiausaha Eksekutif MIC, Datuk AK Ramalingam hari ini rasa terkejut dan kecewa dengan dakwaan sebuah syarikat hartanah yang merobohkan sebuah kuil berusia lebih 103 tahun di Kampung Railway, Sentul Pasar hari ini.
Ramalinggam mendakwa ketika ini rundingan masih berjalan antara pengurusan kuil Arulmigu Nagamman itu dengan syarikat terbabit yang juga turut dikelolakan dengan kehadiran Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran.
Bagaimanapun dakwa beliau, tanpa sebarang notis pemberitahuan secara tiba-tiba sahaja pagi ini kerja-kerja perobohan sudah dimulakan.
“Memang mengejutkan kerana rundingan berkaitan isu ini sudah berjalan sejak 2013 lagi, kemudian rundingan demi rundingan berjalan khasnya sejak hujung tahun lepas.
“Pada saya, baguslah ada wakil rakyat seperti Prabakaran ada untuk menjadi orang tengah selesai isu kuil. Sepatutnya ada tempat lain beserta pampasan diberikan kepada kuil ini untuk dipindah ke lokasi lain.
“Saya difahamkan syarikat hartanah itu juga telah memuktamadkan sejumlah RM1.2 juta namun hanya mahu berikan RM100,000 untuk perpindahan.
“Sememangnya jumlah itu sedikit dan sukar untuk pihak pengurusan berpindah jadi rundingan terus berjalan namun tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita perobohan ini.
“Bila kami sampai, patung-patung dewa kami sudah diroboh dan diletakkan diluar, memang patah hati tengok insiden ini,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Kata Ramalinggam, selagi belum ada pihak bertanggungjawab tampil ke depan menyelesaikan isu itu – beliau mengambil ketetapan untuk melakukan mogok lapar.
“Saya tidak faham sebenarnya, saya harap ada pihak-pihak yang lantang bercakap sebelum ini untuk tampil memberi justifikasi. Sedih untuk tengok kuil ini diroboh tanpa notis, yang merobohkan kuil juga tidak hormat kepada ritual, kepercayaan agama Hindu kerana sesuka hati masuk kuil pakai selipar kasut, roboh begitu sahaja.
“Untuk kami letakkan dewa dan patung berhala kami, macam-macam ritual kepercayaan serta penghormatan kita lakukan sebelum kita bina sesebuah kuil, adakah anda ingin memperkecilkan kepercayaan kami ini? Tolonglah hormat.
“Kita minta supaya kuil ini dibuka kembali, selesaikan rundingan terlebih dahulu. Jika tidak, saya akan melakukan mogok lapar, saya tidak pasti mana perginya Prabakaran yang cuba saya hubungi sejak pagi hinggalah sekarang. Kelibatnya juga tidak nampak,” tegasnya.
Difahamkan ketika ini kerja-kerja pembinaan pangsapuri 21 tingkat sedang giat dilakukan dan kuil itu terpaksa dialihkan dan dirobohkan dari lokasi itu.
MalaysiaGazette sedang cuba menghubungi pemaju dan Prabakaran berikutan perobohan tersebut. – MalaysiaGazette
Kenapa masa hendak bina kuil dimana mana, tak pula runding dgn pemilik tanah dahulu? Bila kena roboh oleh tuan tanah, ajak berunding pula? MIC cuba normalisasikan bemda salah?
Kenapa lah tak reti nak jaga hati sesama kita…buat projek juta juta…tak boleh Ker bagi pampasan yg diminta demi keharmonian sesama insan…jgn buat perkara yg kita tak suka org lain buat pada kita…simple agama ajar…Along port Dickson
ala…dah bina kat tanah org…kene paham la bila diorg nak blik tanah diorg…pandai2 la pindah…ni x…dahla dok buat scara haram…tetiba nak pampasan bagai bila org suruh pindah ..jd…sila hadam dulu isunya baru nak.kesian…kalo la bleh cmtu…aku g bina umah kat tanah org…pastu bila org suruh pindah…aku mntak pampasan…cmtu??
Sudah betul tindakan anda tu… teruskan dgn mogok lapar anda, biar mereka tahu kelaparan anda bagaimana, teruskan mogok (seminggu atau dua minggu) sehingga pihak pemaju dapat beri wang setimpal..