Mohd Sany Hamizan (dua dari kiri) menerima cenderahati daripada Muhammad Taqiuddin Cheman selepas merasmikan Majlis Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Hotel Seri Pacific, KL

 

KUALA LUMPUR – Koperasi Peneraju Usahawan Berhad (KPUB) memeterai empat memorandum persefahaman (MoU) dengan empat syarikat tempatan dalam usaha memperkasakan keselamatan bekalan makanan negara.

MoU terbabit melibatkan Circafeed Sdn Bhd, GMS Food lmpex Sdn Bhd, Rich & Unique Sdn Bhd dan Genius Training Academy berkaitan bidang agrikultur pertanian, projek tenusu, teknologi maklumat dan konsultansi keusahawanan.

Penaung KPUB Mohd Sany Hamzan berkata, MoU dengan Circafeed akan menyaksikan pertambahan kawasan penanaman rumput napier bagi makanan ternakan daripada 240 ekar kepada 1,000 ekar di Johor, Pahang dan Sarawak tahun depan.

“Kerajaan pada hari ini kita kena menitik beratkan berkaitan masalah makanan. Kita cuma membekalkan 30 peratus (makanan) sahaja. Yang lain itu kita bawa masuk.

“Contoh daging, tak cukup, ayam tak cukup, beras tak cukup. Kita sepatutnya sudah memikirkan. Tanah kita luas. Saya di Hulu Langat dulu orang buat bendang, sekarang orang tak buat bendang dan tanah terbiar,” katanya dalam sidang akhbar.

Mohd Sany yang merupakan Ahli Parlimen Hulu Langat sebelum itu merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan KPUB kali ke-4 dan menyaksikan majlis menandatangi MoU dan pertukaran dokuman.

Majlis menandatangani MoU itu disempurnakannya oleh Pengerusi KPUB, Muhammad Taqiuddin Cheman.

Turut menandatangani MoU Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Circafeed Danial Fahmi Mohamed Zamberi; CEO GMS Food Impex, G. Mohan; CEO Unique Rajeswary dan CEO Genius Training Academy Dr. Sundrarajan Murugeya.

Muhammad Taqiuddin berkata, menerusi kepakaran syarikat tempatan dengan latihan serta pendedahan dalam bidang terbabit dijangka dapat mewujudkan lebih ramai usahawan pelapis

“KPUB tekad untuk membantu kerajaan dalam memperkasakan keselamatan makanan di negara ini. Menerusi empat MoU itu dijangka dapat membimbing masyarakat sebagai usahawan pelapis dalam bidang-bidang yang penting.

“Ini sekaligus dapat melahirkan lebih ramai usahawan dalam pasaran, serta meningkatkan bekalan makanan dengan kaedah yang lebih baik. Jika ini dapat kita capai, kebergantungan negara terhadap bekalan dari negara sumber dapat dikurangkan,” jelasnya kepada media.

Tambah beliau, ia sejajar dengan seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ‘merakyatkan ekonomi’ sebagai agenda penting KPUB.

KPUB yang ditubuhkan pada 2009 dan dan mempunyai 50 ahli sekitar Kuala Lumpur dan Selangor disasarkan untuk mempertingkatkan bilangannya kepada 1,000 tahun depan dengan pembukaan keanggotaan di seluruh negara.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast