KUALA LUMPUR- Petronas Gas Bhd. (PGB) mencatatkan keuntungan lepas cukai (PAT) sebanyak RM1.5 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama 2024, naik 4.8 peratus berbanding RM1.44 bilion dicatatkan tempoh sama tahun lepas.
PGB dalam kenyataan berkata, peningkatan itu disokong oleh prestasi kukuh operasi.
Susulan itu, syarikat berkenaan turut mengumumkan dividen interim ketiga sebanyak 18 sen sesaham, mengekalkan kadar yang sama dengan suku sebelumnya.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Aziz Othman berkata, PGB dijangka merekodkan prestasi kukuh pada 2024 didorong oleh pendapatan stabil daripada kontrak dan prestasi operasi yang kekal.
“Kumpulan terus komited untuk mengoptimumkan keberkesanan kos untuk mengurangkan impak inflasi,” katanya. -MalaysiaGazette















