Kerja-kerja menanam cerucuk sedang giat dijalankan di kawasan perumahan di Jalan Wawasan 3/9 dan 4/9, Taman Wawasan, Puchong, Selangor yang berlaku tanah runtuh pada Sabtu lalu. Foto NUR SYADILA AMARI, 18 DISEMBER 2023.

PUCHONG – Kerja-kerja pemasangan cerucuk besi bagi mengawal pergerakan tanah di kawasan tanah runtuh di Jalan Wawasan, Taman Wawasan, di sini, dijangka siap dalam tempoh tiga ke empat hari lagi.

Yang Dipertua Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata setakat hari ini sebanyak 121 daripada 375 cerucuk telah selesai ditanam.

“Lepas kerja pemasangan cerucuk besi selesai, proses pemulihan tebing kepada (struktur) asal akan dibuat, sebelum diteruskan kemudiannya dengan kerja-kerja menurap jalan, ” katanya kepada Bernama di Pos Kawalan Tempat Kejadian di sini, hari ini.

Beliau berkata pada masa ini, punca kejadian tanah runtuh di kawasan itu masih lagi dalam siasatan Jabatan Mineral dan Geosains.

Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi  mendapati beberapa anggota polis dan bomba masih membuat pemantauan berkala di lokasi tanah runtuh.  – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast