26 cawangan Restoran Nasi Kandar Pelita mempunyai Sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).

KUALA LUMPUR – Rangkaian Restoran Nasi Kandar Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd (Pelita) tampil sekali lagi menafikan restoran berkenaan tidak halal kerana dimiliki oleh penganut bukan Islam.

Penafian itu dibuat selepas isu tular di laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp sejak beberapa hari lalu kononnya restoran itu tidak halal kerana pemiliknya, Pengarah Eksekutif Pelita, Datuk D. Murugan, 47, beragama Hindu.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya, restoran itu memberitahu, segala maklumat mengenai Nasi Kandar Pelita boleh diakses di laman web www.pelita.com.

“Jom sama sama kita tambahkan pengetahuan mengenai nasi kandar yang sentiasa menjadi kegemaran rakyat Malaysia .

“Maklumat mengenai sejarah pembukaan, latar belakang, menu hidangan dan lokasi cawangan. Jangan sebarkan fitnah, takut nanti kena dakwa,” tulisnya.

Dalam hantaran lain, restoran itu menjelaskan, Pelita Samudra Pertama (M) Sdn.Bhd. telah menubuhkan anak syarikatnya Ayam Pelita Sdn. Bhd. bagi menguruskan pemprosesan ayam.

“Ayam Pelita Sdn.Bhd. juga telah diberi sijil halal oleh pihak Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Pekerja-pekerja bahagian penyembelihan mempunyai sijil pengesahan penyembelihan dari pihak Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.

“Kesemua 26 buah cawangan Nasi Kandar Pelita mempunyai sijil halal yang disahkan oleh JAabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sijil halal boleh didapati di setiap restoran kami.

“Tak pasti, jangan kongsi. kalau sangsi? Tanya kami dan kepada penyebar fitnah, tindakan undang-undang dan dakwaan akan kami laksanakan sekiranya perlu. Terima kasih,” katanya. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. sijil halal jakim mmg di ketahui umun boleh(selalunya) DIBELI…oleh pengusaha bukan Islam…kemusykilan kerana banyak terjadi…dan dah ramai pengusaha2 begini kaya raya jadi jutawan kerana segelintir penguatkuasa atau jabatan / individu yang diperrtanggungjawab bersikap TIDAK AMANAH dan TAMAK…

  2. sedih sekiranya kita ngan sekejap keluarkan kata kata yg kurang berasas.
    Setiap restoran yg tersebut dlm isu menyediakan makanan masakan halal (Yang Di iktiraf olih Jakim)mempunyai perkerja perkerja Islam dlm organasasi mereka.sama seperti staff Islam yg bekerja Di institutsi perbankan(bukan perbankan syariah) Di negara Kita.
    Restoran yg terbabit Nama sebenarnya banyak menolong memberi bungkusan makanan bagi orang kurang upaya terutama fakir miskin Di kawasan saya.malah meletakan Dan memberi bungkusan buah kurma semasa Bulan Ramadhan.sepanjang Ramadan.
    Dari segi menolong pelanggan yg berjimat cermat..ngan hanya sekadar jual roti canai..teh o ..pelbagai Kari campur..harga tidak setimpal Kos mereka.tetapi olih kerana Di kunjungi olih pelbagai lapisan masyarakat mereka berjaya meneruskan biznis tersebut.
    harap mereka meneruskan perniagaan mereka ..

Comments are closed.