KUALA LUMPUR – Jalan Tenggaroh ke Tanjung Leman dekat Mersing ditutup untuk semua jenis kenderaan ekoran limpahan air di atas jalan.
Ketua Polis Balai Sungai Ambat, SM Rosdi Mohamed Nor berkata, pemantauan dan rondaan banjir di kawasan berisiko dilakukan pada jam 6.30 petang tadi.
Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga terutama penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan yang dinaiki air.
Sekiranya memerlukan bantuan, boleh menghubungi Bilik Gerakan (DCC) IPD Mersing di talian 07-7993507 atau mana-mana balai polis yang berhampiran untuk mendapatkan bantuan. – MalaysiaGazette