Musim hujan seringkali membawa dampak yang signifikan, terutama dalam bentuk banjir yang dapat mengancam keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

KUALA LUMPUR – Situasi banjir di Kelantan semakin buruk apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir (PPS) terus meningkat kepada 21,380 orang setakat pukul 8.01 pagi ini.

Berdasarkan Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan, mangsa yang membabitkan 6,918 keluarga itu ditempatkan di 68 PPS untuk perlindungan selepas kawasan kediaman mereka dinaiki air.

Malah, PPS turut dibuka di lima daerah yang teruk terjejas, iaitu Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Gua Musang dan Tumpat.

Jumlah itu menyaksikan pertambahan ratusan mangsa hanya dalam tempoh beberapa jam, berbanding 21,066 orang yang direkodkan setakat 10 malam tadi.

Mangsa-mangsa terdiri daripada 13,916 dewasa, 6,846 kanak-kanak dan 618 bayi.

Kelantan adalah antara lima negeri yang berdepan banjir buruk kali ini, sehingga memaksa penduduk mendapatkan perlindungan di PPS.

Empat negeri lain adalah Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah. – MalaysiaGazette