Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Rantau Panjang, Kelantan.

KUALA LUMPUR – Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Rantau Panjang, Kelantan kembali dibuka hari ini selepas ditutup sejak kelmarin akibat banjir.

Bahagian Perancangan Strategik dan Khidmat Korporat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan berkata, ia susulan banjir yang semakin pulih.

“Bermula hari ini, ICQS Rantau Panjang beroperasi semula,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, ICQS Rantau Panjang terpaksa ditutup sejak petang kelmarin susulan banjir melanda daerah tersebut. – MalaysiaGazette