KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang bekas Ketua Operasi syarikat berkaitan kerajaan yang dipercayai menggunakan kedudukan dengan melantik syarikat keluarganya bagi kerja-kerja pengangkutan bernilai lebih RM300,000.
Menurut sumber, suspek dipercayai seorang wanita berusia 40-an menggunakan syarikat perniagaan suaminya yang mempunyai kepentingan bagi melaksanakan kesalahan itu.
Wanita tersebut ditahan SPRM pada jam 2 petang tadi ketika hadir untuk percakapannya dirakamkan sebelum ditahan dan akan didakwa esok di Mahkamah Majistret Shah Alam bagi proses reman.
“Berdasarkan siasatan, suspek melakukan kesalahan itu pada 2022 yang mana syarikat milik suaminya telah dilantik sebagai subkontraktok pengangkutan dan kesemua bayaran kira-kira RM280,000 masuk ke dalam akaun peribadi suspek,” kata sumber.
Dalam pada itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim yang dihubungi mengesahkan penahanan itu dan suspek akan di siasat bawah Sesyen 23 Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette
Interesting!
Semuga dipermudahkan segala urusan.