Ramon Marcote. Foto Facebook Selangor FC.

KUALA LUMPUR – Pembantu Tan Cheng Hoe di Selangor FC iaitu Ramon Marcote akhirnya mendedahkan statusnya apabila dia mengesahkan kini sudah tidak lagi bersama kelab itu.

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Marcote dilaporkan telah menyertai sebuah kelab Eropah iaitu Ethnikos Achnas yang berpangkalan di Cyprus.

Profil dirinya itu dapat dilihat apabila dia mengemas kini kelab baharu yang disertainya untuk 2024.

Sebagai rekod, ia merupakan tempoh kedua Marcote bersama kelab tersebut.

Sebelum ini, dia pernah berkhidmat dari Julai hingga Ogos 2022 sebelum menyertai Selangor pada 2023.

Pemergian Marcote mungkin berita sedih buat penyokong Selangor kerana dia dilihat sebagai gandingan baik buat Cheng Hoe dan antara pemangkin kejayaan Gergasi Merah layak ke Asia.

Sejak bergandingan di Kedah Darul Aman FC, gandingan Cheng Hoe-Marcote sudah terserlah menyaksikan Sang Kenari memenangi Liga Premier 2015 dan Piala Malaysia 2016. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast