Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali

PUTRAJAYA – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menjelaskan terdapat keperluan untuk melakukan reformasi bantuan subsidi di negara ini.

Jelas beliau, ini kerana amalan sejak dulu tidak ada larangan kepada warga asing membeli minyak masak bersubsidi di pasaran runcit.

“Inilah kesan pemberian subsidi pukal sama seperti minyak petrol dan diesel di stesen minyak. Itu sebabnya penyasaran semula subsidi perlu dilaksanakan,” katanya satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataannya semalam yang menimbulkan reaksi ramai apabila menyatakan tiada larangan untuk warga asing membeli minyak masak peket bersubsidi secara runcit di negara ini.

Armizan seterusnya berkata, kawalan hanya dilakukan di peringkat pasar raya dengan had tiga peket untuk setiap pembeli.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang melaksanakan audit yang bermula Oktober tahun lepas hingga Mac ini menyasarkan kilang penapisan dan pembungkusan minyak masak bagi mengetahui sama ada berlaku ketirisan atau penyelewengan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast