Bayi, kanak-kanak golongan paling banyak maut dalam serangan Israel di Gaza.

SANAA – Pejuang Houthi di Yaman hanya berhenti menyerang kapal perdagangan yang mempunyai kaitan dengan Israel di Laut Merah hanya jika negara zionis tersebut berhenti membunuh penduduk Gaza.

Ketua jawatankuasa revolusioner tertinggi Houthi Yaman mengulas mengenai resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang mengutuk tindakan Yaman dan mahu serangan di Lait Merah di hentikan.

Dalam catatan di media sosial, Mohammed Ali al-Houthi juga berkata Israel mesti “segera menghentikan semua serangan yang menghalang kehidupan dan kesinambungannya di Gaza”.

Beliau turut menegaskan, Majlis Keselamatan PBB harus memastikan berjuta-juta rakyat Palestin di Gaza dibebaskan daripada ‘kepungan Israel dan Amerika Syarikat (AS)’ di wilayah itu.

Mohammed Ali secara tegas menuduh AS “melanggar undang-undang antarabangsa” dengan menyokong perang Israel ke atas Gaza.

“Pengepungan tentera Israel adalah “senjata maut” yang telah menjadikan wilayah Palestin menjadi “penjara terbesar di mana hukuman jenayah kolektif diamalkan.

“Apa yang dilakukan oleh angkatan bersenjata Yaman adalah dalam rangka pertahanan yang sah.

“Keputusan yang diterima pakai berhubung keselamatan pelayaran di Laut Merah adalah permainan politik, dan Amerika Syarikat adalah yang melanggar undang-undang antarabangsa,” tambahnya.

Bagi menyokong rakyat Palestin di Gaza, pejuang Houthi telah melancarkan banyak peluru berpandu dan serangan dron ke atas kapal di Laut Merah yang mempunyai kaitan dengan Israel.

Ini kerana Israel telah menyerang Gaza sejak 90 hari lalu yang telah membunuh 23,000 penduduk termasuk bayi, kanak-kanak dan wanita serta menyebabkan berpuluh lagi hilang dikhuatiri terbunuh dan berada dalam runtuhan bangunan yang dibom.

UNSC semalam menerima pakai resolusi yang mengutuk dan menuntut kumpulan pejuang Houthi Yaman memberhentikan serta-merta serangan ke atas kapal yang melalui Laut Merah.

Draf resolusi tersebut dikemukakan oleh AS dan Jepun dengan undian 11 negara menyokong, sifar menentang dan empat berkecuali termasuk Rusia.

Resolusi itu mengutuk sekeras-kerasnya berpuluh serangan Houthi ke atas kapal dagang dan komersial dilaluan perdagangan utama sejak 19 November 2023. – Agensi

1 Komen

  1. kalau Israel, America serta block barat, tiada kutukan, tiada bantahan Dan tindakan Dari Majlis keselamatan PBB. So PBB ni siapa sebenarnya, perang Gaza telah membuka kulit Majlis keselamatan PBB

Comments are closed.