Anwar Ibrahim bersama Anthony Loke pada perasmian span RTS Link di Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link yang menghubungkan Malaysia dan Singapura akan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2027.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kedua-dua negara komited melaksanakan projek yang akan dilakukan secara berkala itu.

Tahap kemajuan projek pembinaan jejambat marin (marine viaduct) RTS Link telah kini pada tahap 68 peratus.

Manakala pembinaan jejambat daratan (terrestrial viaduct) sebanyak 31 peratus; tahap kemajuan pembinaan stesen pada 41 peratus serta pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) pula sebanyak 3.22 peratus.

“Kita 100 peratus projek ini berjalan dengan lancar dan akan dapat mula operasi pada 1 Januari 2027. Perkembangan projek mengikut jadual dan kita amat komited untuk menjayakannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyempurnaan Span Menghubungkan Malaysia dan Singapura Bagi Projek RTS Link Antara Johor Bahru dan Singapura di titik pertemuan jejambat marin di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anthony turut memberitahu, penetapan kadar tambang RTS Link akan diputuskan apabila projek itu menghampiri tarikh siap sepenuhnya.

“Harga tambang akan ditetapkan pihak bertanggungjawab dan akan dimaklumkan sebelum RTS Link siap dan beroperasi. Pastinya harga tambang kompetitif dan menarik bagi memastikan pengguna kedua-dua negara dapat menikmati perjalanan rentas sempadan yang selesa,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Malaysia-Singapura rasmi titik pertemuan jejambat marin projek RTS Link