KOTA TINGGI – Kementerian Pertahanan menggerakkan Markas 7 Briged Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Johor untuk kerja-kerja pembersihan dalam tempoh proses pasca banjir.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata aset ATM juga telah digerakkan bersama-sama terutamanya untuk membantu dalam kerja-kerja itu.
“Di setiap briged itu dia memang sudah ada kawasan-kawasan yang ditentukan,” katanya selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gembut, Tanjung Sedili, Kota Tinggi hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi juga mengalu-alukan badan sukarela untuk bersama-sama menyertai kerja pembersihan dan membantu untuk mangsa-mangsa balik ke rumah masing-masing.
Katanya, terdapat 27 PPS telah dibuka di Kota Tinggi.
Namun, keadaan sudah bertambah baik dan PPS ditutup secara berperingkat. – MalaysiaGazette