Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki yang disyaki menyimbah cat di kawasan sebuah rumah di Kota Bharu, Kelantan ditahan dalam dua serbuan berasingan di ibu negeri Kelantan itu, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 malam 14 Januari lalu, perbuatan lelaki turut terkena kereta jiran mangsa.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima laporan berhubung berkaitan kes gangguan pemberi pinjaman wang itu pada jam 6.54 petang 15 Januari lalu.

“Satu nota amaran juga ada ditinggalkan oleh pihak ahlong yang mana menyatakan “hutang bayar bos!!! Tersangkut hutang bos, nama, no KP dan alamat pengadu. Bayar hutang bos… warning wasap balik 011-25412xxxx settle cepat boss,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Muhamad Zaki, berdasarkan keterangan mangsa, pada 2021 beliau memaklumkan ada membuat pinjaman wang melalui aplikasi ‘mariwang’.

Tambah beliau, mangsa telah membuat pinjaman berjumlah RM300 namun menerima pinjaman sebanyak RM150.

Jelasnya, mangsa telah membuat bayaran semula pinjmaan wang tersebut kira-kira RM1,000 melalui aplikasi sama.

Katanya, selepas itu pihak Ahlong telah meminta mangsa membuat pembayaran sebanyak RM10,000 namun mangsa tidak mampu melakukannya dan telah memadam aplikasi tersebut.

Menurut Muhamad Zaki, bertindak atas laporan yang sama, polis telah ke tempat kejadian dan memperoleh beberapa kesan cap jari.

“Bertindak atas maklumat pemilikan cap jari yang diperolehi, pada 18/01/2024 kira-kira jam 7.30 malam sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPK Kelantan dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Kota Bharu telah membuat serbuan di sebuah rumah di Kampung Padang Bonggor, Kota Bharu, Kelantan,” ujarnya.

Tambah beliau, pasukan polis telah menahan seorang lelaki di hadapan rumah tersebut dan penahanannya membawa kepada rampasan sebuah telefon bimbit, sebuah motosikal, sepasang kasut dengan tompokan merah, tiga botol lutsinar mengandungi cecair merah disyaki cat, tin cat dan jag lutsinar bersama senduk kayu disyaki digunakan untuk membancuh cat merah.

Muhamad Zaki berkata, berdasarkan maklumat didedahkan suspek, polis membuat serbuan di kedai makan di kawasan Padang Garong, Kota Bharu pada jam 11 malam hari yang sama dan menahan seorang lelaki

Katanya, kedua-dua suspek berumur 25 dan 26 tahun itu telah direman selama empat hari sehingga Isnin ini untuk membantu siasatan di bawah seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast