SHAH ALAM – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) ditubuhkan segera bagi memastikan kebajikan para penggiat industri berkenaan dapat dibela.
Menurut beliau, cadangan penubuhan SEGiM telah dilontarkan beliau dahulu manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri telah menyatakan sokongan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Ogos lalu.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, ketika ini terdapat lebih 1.2 juta individu yang bergiat dalam industri gig di seluruh negara dan mereka turut mencarum kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Walaupun terdapat beberapa kekangan saya pasti bersama dengan Perdana Menteri untuk merealisasikan SEGiM.
“Saya sendiri telah bawa cadangan ini satu ketika dahulu dan saya akan realisasikan dengan persetujuan Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ponggal Perpaduan 2024 di Dewan Persidangan TSR di sini hari ini.
Semalam, sekumpulan penunggang p-hailing di bawah Grabfood Malaysia (Grabfood) di Ipoh, Perak membantah tindakan syarikat tersebit melaksanakan pengurangan upah bayaran.
Mereka mendakwa tidak menerima sebarang notis mengenai perkara tersebut dan meminta Grabfood mengkajinya semula.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, kementeriannya akan membantu penduduk luar bandar untuk mendaftar dengan Pengkalan Data Utama (PADU) secara manual.
Beliau memberitahu, bagi tujuan itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (Kemas) dan ketua-ketua kampung akan digerakkan untuk membantu mereka yang tidak dapat mendaftar secara dalam talian.
“Ada (secara manual) sebab mereka tak semuanya boleh memohon secara dalam talian.
“Maka kita mesti membantu rakyat di desa dan luar bandar untuk untuk memohon secara manual,” jelasnya.
Kelmarin, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, seramai 1,291,459 individu dewasa telah mendaftar dengan PADU dan jumlah keseluruhan termasuk individu bawah 18 tahun adalah 1,638,342 orang.
Kerajaan menyasarkan seramai 30 juta rakyat mendaftar dengan PADU sebelum 31 Mac ini. – MalaysiaGazette
Zahid ni boleh dipercayai apabila kalah. Selagi menang sembang memang kencang. Terdahulu nak selaras lesen motor ke ‘B’ akhirnya kajian dan akan pastikan. Yang benar-benar terjadi bila? Nasib kau lah labu… teringat “makna” lirik lagi mimpi Syakila… rupanya dia pun tidak tahu. Menteri Pengangkutan pun jadi blurr apabila Menteri kecil mengumumkan bukan kerjanya. Zahid Zahid
mestilah nak kena kaji dulu, cadangan mesti ada, baik buruk, kena dibawa dlm perbincangan beramai2. jgn sampai buat keputusan sendiri..tersilap langkah nanti dipersalahkan. yg benda baik pun disalahkan ni kn pulak benda masih dlm perbincangan..