BAITULMAQDIS – Keluarga yang ditahan oleh pejuang Hamas memasang khemah di hadapan rumah Benjamin Netanyahu dalam usaha mendesak Kerajaan Israel mencapai kesepakatan memastikan tebusan dipulangkan dengan selamat.
Orin Gantz, ibu kepada Eden Zacharia, 28 tahun, yang diculik dan telah terbunuh akibat pengeboman Israel menggesa perdana menteri dan Kabinet perang untuk menyerah ego.
“Anak perempuan saya bukan sahaja mati, dia mati dalam pengawasan kami,” katanya.
“Bibi Netanyahu, kami mempercayai anda. Tidak ada orang lain yang boleh [memulangkan tebusan],” sambungnya. “107 hari, mereka tidak mempunyai masa. Dalam kurungan, tiada hari esok. Saya tahu itu kerana saya menerima mayat.”
Turut menggesa Netanyahu mencapai perjanjian pembebasan tebusan dengan Hamas adalah Gilad Korngold, bapa kepada Tal Shoham yang diculik Hamas dari Kibbutz Be’eri.
Anak lelaki Korngold kini ditahan, selepas dia diculik bersama isterinya, Adi Shoham, anak perempuannya, Yahel, 3, dan anak lelaki, Naveh, 8, serta ibu mertuanya Shoshan Haran, ibu saudara isterinya Sharon Avigdori dan anak perempuannya Noam, 12.
Semua wanita dan kanak-kanak dalam keluarga itu dibebaskan pada 25 November sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata sementara yang diurus oleh Qatar, Mesir, dan Amerika Syarikat antara Hamas dan Israel.
“Saya tinggal di Gaza [kawasan sempadan], saya melihat dengan tepat apa yang berlaku,” katanya seperti dilaporkan The Times of Israel.
“Saya berjalan di Gaza [kawasan sempadan] kosong, tidak ada pesawat di langit. Peperangan seperti dahulu tidak berterusan, dan mereka berjanji kepada kami perang ini akan membebaskan tebusan.”
Sementata itu, Shay Binyamin, anak perempuan kepada Ron Binyamin, 53 tahun yang turut menjadi tebusan berkata, dia muak dengan janji yang dibuat oleh Netanyahu.
“Sepanjang masa kita mendengar tentang lebih ramai mangsa culik yang dibunuh seolah-olah kita berada dalam (permainan) roket Rusia. Saya tidak boleh menunggu setiap hari untuk mendengar tebusan terbunuh,” katanya.
Masih terdapat lebih 100 warga Israel menjadi tahanan Hamas, yang menuntut serangan ke atas Gaza dihentikan secara kekal dan pembebasan semua rakyat Palestin yang ditahan oleh Israel.-Agensi