Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis akan membuat rondaan aman dalam setiap lapan jam bagi mengawal keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang sambutan Thaipusam di Batu Caves esok yang dijangka dihadiri ramai pengunjung.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, rondaan lapan jam berkenaan adalah untuk satu syif penugasan.

“Saya minta orang ramai yang hadir ke Batu Caves berwaspada dan menjaga barang berharga. Saya berharap sambutan Thaipusam esok berjalan lancar dan tiada insiden tidak baik berlaku,” katanya seperti dilaporkan.

Pada Isnin lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilapor berkata, seramai 1,600 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi memastikan kelancaran sambutan serta keselamatan orang ramai, selain beberapa pusat kawalan statik disediakan bagi memudahkan pengunjung mendapatkan perkhidmatan dan membuat laporan polis. – MalaysiaGazette