Norzamri Abd Rahman

MARAN – Mayat seorang warga kurang upaya (OKU) ditemui lemas selepas dilaporkan hilang di rumah pam dekat Sungai Jempol di Jengka 4, Maran hari ini.

Ketua Polis Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, mayat mangsa Mohd Rohaizan Abdullah, 51, dari Felda Ulu Jempol, Maran ditemukan dalam jarak 900 meter dari tempat dia hilang.

“Motosikal milik mangsa dijumpai dalam kawasan rumah pam oleh pekerja.

”Kali terakhir ayah mangsa yang juga pengadu perasan anak lelakinya ialah pada jam 9 malam semalam.

“Keesokan hari (Jumaat) bapanya membuat laporan polis selepas anaknya dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar pada 8 pagi semalam.” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Difahamkan mangsa menghidap sakit mental dan mempunyai kad OKU serta masih menjalani rawatan susulan di Hospital Bandar Jengka.

Mayat mangsa dibuat pengecaman oleh keluarga sebelum dihantar ke Hospital Jengka untuk tujuan bedah siasat.- MalaysiaGazette