Kesemua 27 penumpang beserta dua pemandu selamat -Foto Ihsan Bomba

KUALA LUMPUR – Sebuah bas persiaran terbakar semasa melalui Lebuhraya CSR Chegar Perah – Jalan Merapoh, Kuala Lipis, Pahang, malam tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Shaifuddin Omar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 11.24 malam.

“Bas jenis persiaran itu telah mengalami kebakaran sehingga 100 peratus. Bagaimanapun, kesemua 27 penumpang beserta dua pemandu selamat,” katanya.

Seramai 15 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis dan BBP Gua Musang telah dikejarkan ke ke tempat kejadian.

Operasi pemadaman telah dijalankan oleh anggota bomba dengan menggunakan hos salur bantu mula dan air tangki daripada pam jentera sehingga selesai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast