Tiga rumah teres termasuk kediaman milik peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla di Bandar Country Homes, Rawang terbakar awal pagi tadi. Foto JBPM Selangor

KUALA LUMPUR – Tiga rumah teres termasuk kediaman milik peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla di Bandar Country Homes, Rawang terbakar awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.06 pagi.

“Sebaik sahaja pihak bomba tiba di lokasi pada jam 3.17 pagi mendapati, kebakaran melibatkan bahagian atas tiga rumah teres semi-D dua tingkat.

“Anggaran kemusnahan akibat kebakaran membabitkan rumah pertama sebanyak 80 peratus, rumah kedua 20 peratus dan rumah ketiga lima peratus.

“Kebakaran turut memusnahkan kira-kira 90 peratus sebuah kereta jenis Perodua Axia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiga rumah teres termasuk kediaman milik peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla di Bandar Country Homes, Rawang terbakar awal pagi tadi. Foto JBPM Selangor

Bagaimanapun katanya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan dan operasi pemadaman berjaya dikawal pada jam 4.08 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.35 pagi.

Terdahulu, seramai 15 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang serta bantuan BBP Batu Arang bersama jentera dikejarkan ke lokasi yang jaraknya sejauh lapan kilometer. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here