KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Malaysia yang secara konsisten memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ketegasan Malaysia telah membawa kepada keputusan positif Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) , pada Khamis.
“Ia berpandukan kes yang dibawa oleh Afrika Selatan di mana ICJ memerintahkan Israel menghalang tindakan pembunuhan beramai-ramai (genosid) terhadap rakyat Palestin.
“Malah ICJ juga membenarkan bantuan kemanusiaan ke Gaza,” katanya pada sidang media di Menara Dato Onn, malam ini.
Terdahulu, media melaporkan ICJ memerintahkan Israel dihalang daripada melakukan tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.
Malah, Israel diperintahkan untuk melakukan lebih banyak lagi usaha untuk membantu orang awam di Gaza. – MalaysiaGazette