Anggota bomba memberi bantuan kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan kilometer 46.4 Lebuh Raya Karak menghala ke timur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang meninggal dunia manakala empat lagi mengalami kecederaan selepas kereta Perodua Alza yang dinaiki terbabas dalam kejadian di Kilometer 46.4, Lebuh Raya Karak menghala ke timur hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 7.43 pagi tadi.

Katanya, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba Bentong digegaskan ke lokasi kejadian bagi memberi bantuan.

“Kemalangan melibatkan lima orang mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Alza.

“Anggota bomba telah mengeluarkan salah seorang mangsa yang tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, bantuan awal diberikan kepada mangsa yang tidak sedarkan diri itu namun dia disahkan meninggal dunia oleh pasukan ambulans.

Kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast