Salah seorang PATI dipercayai warga Rohingya maut dilanggar di Lebuhaya Utara Selatan (PLUS) sekitar Bidor

TAPAH – Seramai 132 pendatang tanpa izin (PATI) dilaporkan melarikan diri dari Depoh Imigresen Sementara Bidor di sini, malam tadi.

Menurut sumber, kesemua PATI dipercayai bangsa Rohingya berpakaian preman itu melarikan diri dalam kejadian jam 9.50 malam.

Katanya, seorang daripada PATI berkenaan maut akibat dilanggar kenderaan di Kilometer 335, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bidor, sebentar tadi.

Susulan kejadian itu, Op Tutup dijalankan membabitkan sekatan jalan raya (SJR) di beberapa kawasan bagi menjejaki kesemua mereka.

Berita lanjut menyusul.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast