Poster MIBF 2024 Festival Muzik Tempatan India pada Jun 15 ini.

KUALA LUMPUR – Penganjur Festival Kumpulan Muzik India Malaysia 2024 (MIBF 2024) menjangka lebih 25,000 orang akan menyaksikan festival itu Jun ini.

Jurucakap Genira Creative Productions, Gayathri Thandapany berkata, festival tersebut akan menampilkan 20 kumpulan anak tempatan dengan mengapakan persembahan tanpa henti selama 12 jam.

“Muzik dan genre tempatan juga diterima oleh peminat muzik kita, ada harapan muzik kita yang mendapat pengiktirafan antarabangsa.

“Selain daripada persembahan muzik, kita juga selang seli dengan acara-acara lain bagi memastikan setiap yang hadir terhibur dari awal hingga akhir,” katanya kepada MalaysiaGazette, baru-baru ini.

Pasukan Genira Creative Productions yang bakal anjur MIBF 2024 buat julung kali.

MIBF 2024 akan diadakan di The Base KL di Sungai Beşi pada 15 Jun 2024 bermula jam 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam.

Difahamkan antara kumpulan muzik yang terlibat ialah The Bearded Theory, The Bandit Malaysia, Drub, Kurukshetra, Ahiri, The Time Signature, Jagat, Good Tapes Music, The Pandavas, Fusion Mantra, The Semi Breve Team, Nammaslay, Urban Vibez, The Groovers, The Gentle Notes, Sri Ranjani, Kyra, Rentak Angkasa dan banyak lagi.

Kata Gayatri, pelbagai makanan akan disediakan selain zoo mini, pameran kenderaan dan belon udara panas pada festival tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai Festival Kumpulan Muzik India Malaysia 2024, peminat genre tempatan boleh melayari media sosial Genira Creative Production. – MalaysiaGazette