Pesakit dikenali sebagai Saferina Mohd Sayuti, berusia 35.

KUALA LUMPUR – Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia sedang berusaha mencari waris atau ahli keluarga kepada seorang pesakit wanita.

Menurut kenyataan HCTM, pesakit tersebut dikenali sebagai Saferina Mohd Sayuti dan alamat terakhir pesakit berusia 35 itu adalah 03-05-12, Kondo Rakyat, Desa Pantai Halt, 59200 Kuala Lumpur.

“Pesakit dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz pada 1 November 2023 yang lalu dan telah didiagnosis sebagai ‘brain stem stroke’.

“Pesakit menjalani rawatan di Wad Perubatan 6E, katil 3 dan kini dibenarkan discaj dari hospital.

“Namun, urusan discaj pesakit tidak dapat dilakukan kerana waris dan ahli keluarga pesakit tidak tampil ke hospital dan gagal dihubungi,” tambah kenyataan itu.

Justeru itu, pihak HCTM memohon kerjasama ahli keluarga, saudara mara dan waris yang mengenali pesakit untuk hadir dan membantu dalam urusan discaj pesakit dari hospital.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Yanti Suria Othman di talian 03-9145 5763/7880/5761. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast