Sempena cuti umum 20 Februari ini, Melaka Wonderland Theme Park & Resort menawarkan tiket masuk percuma ke taman tema air dan Luna Light sambil menyaksikan nyalaan warna-warni 1.4 juta lampu LED.

MELAKA – Sempena cuti umum 20 Februari ini, Melaka Wonderland Theme Park & Resort menawarkan tiket masuk percuma ke taman tema air dan Luna Light sambil menyaksikan nyalaan warna-warni 1.4 juta lampu LED.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Seow Cheng Swee berkata, ia sebagai tanda meraikan Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang julung kalinya disambut kali ini.

Menurutnya, taman tema berkeluasan 9.2 hektar yang mula beroperasi sejak 2010 itu menawarkan 11 tarikan permainan utama antaranya Tornado Chaser, Lazy River cum Crazy, Adventure Island dan 1 Big Wave Pool.

Sempena cuti umum 20 Februari ini, Melaka Wonderland Theme Park & Resort menawarkan tiket masuk percuma ke taman tema air dan Luna Light sambil menyaksikan nyalaan warna-warni 1.4 juta lampu LED.

“Pengunjung juga berpeluang menikmati diskaun 20 peratus untuk aktiviti tasik seperti bot kayuh, tube ride dan memberi makan arnab serta ikan selain zumba air di kolam, poco-poco dan perlumbaan kamikaze.

“Mereka juga boleh memenangi hadiah ketika permainan pentas dan terdapat persembahan maskot bermula dari pukul 10 pagi hingga 5 petang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Seow Cheng Swee

Menurutnya, pada sebelah malam pula, pengunjung berpeluang ‘mandi cahaya’ di pesta cahaya Luna Light Wonderland yang diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai Largest Lighting Event in Water Theme Park dan First Lighting Event in Water Theme Park.

“Tawaran percuma ini sebagai tanda sokongan kami menyahut seruan kerajaan untuk mempelbagaikan produk pelancongan di Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Melaka Wonderland Theme Park & Resort menyahut seruan kerajaan untuk mempelbagaikan produk pelancongan sempena Tahun Melawat Melaka 2024.

“Pengunjung pesta cahaya boleh menyaksikan maskot luna terbesar di Malaysia setinggi 11 meter selain menyusuri 1.4 lampu LED dengan lima tema iaitu space, aquatic, animal, romance dan forest,” katanya.

Tarikan lain, katanya adalah ruang berkhelah LED, sungai aurora dan terowong Love, Starwars dan Avarta. – MalaysiaGazette.