Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu kerana disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram hasil daripada penyelewengan dana derma awam Aman Palestin.

Sumber memberitahu, kesemua suspek lelaki berusia lingkungan antara 40-an hingga 50-an telah ditahan kira-kira jam 11.30 pagi tadi di pejabat SPRM Putrajaya ketika diminta hadir memberi keterangan.

“Ketiga-tiga orang kena tangkap (OKT) termasuk seorang yang menjawat jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada jam 9.00 pagi esok dengan lebih 100 pertuduhan.

Artikel berkaitan: Siasatan SPRM profesional, tiada niat jahat beku akaun Aman Palestin

SPRM dera rakyat Gaza bila beku akaun bank Aman Palestin – Tun M

Aman Palestin: Jongkong emas yang dirampas untuk manfaat pelaburan – Peguam

Aman Palestin beri tempoh tiga hari kepada SPRM nyahbeku akaun

SPRM dalam proses kenal pasti aset Aman Palestin hasil penyelewengan dana RM70 juta

SPRM beku 41 akaun Aman Palestin, entiti syarikat berjumlah RM15.8 juta

“Siasatan awal mendapati kesemua OKT terlibat dengan perbuatan itu di antara tahun 2018 hingga 2023,” kata sumber tersebut.

Sementara itu, sumber juga telah mengesahkan bahawa OKT akan dituduh di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.

Difahamkan pertuduhan itu akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi esok. – MalaysiaGazette