Azam Baki.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam proses mengenal pasti aset-aset milik Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) yang diperolehi daripada hasil penyelewengan dana RM70 juta.

Sumber berkata, suruhanjaya itu akan menyita aset berkenaan bagi membantu siasatan lanjut.

Katanya, SPRM belum memanggil Ketua Pegawai Eksekutif pertubuhan tersebut dan setakat ini seramai 11 saksi diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Mengulas mengenai tindakan SPRM membekukan 41 akaun bank Aman Palestin berjumlah RM15,86 juta, sumber memberitahu, daripada jumlah itu sebanyak sembilan akaun merupakan akaun yang didaftarkan atas nama Aman Palestin Berhad manakala dua lagi adalah milik sebuah syarikat dan tujuh akaun atas nama individu lain. – MalaysiaGazette