Allaudeen Abdul Majid.

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM1.7 juta pada Januari lalu berbanding RM1.8 juta untuk temph sama 2023.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, bagi tempoh sama, seramai 2,352 orang ditangkap atas kesalahan dadah berbanding 1,333 suspek pada tahun lalu.

Beliau berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Kuala Lumpur melaksanakan sebanyak 366 operasi dan serbuan sepanjang bulan lalu.

“Hasil serbuan itu, seramai 421 orang individu yang terlibat dalam pelbagai kesalahan berkaitan jenayah komersil berjaya ditahan untuk tindakan lanjut.

“Selain itu, sebanyak empat kertas siasatan telah dibuka melibatkan pusat panggilan atau “Call Center” yang mana dua individu telah dituduh sementara dua lagi masih dalam siasatan polis,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Sementara itu, Allaudeen memberitahu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Kuala Lumpur telah membuka kertas siasatan membabitkan sebanyak 6,113 kes dengan pencapaian 90 peratus.

“Manakala pertuduhan kertas siasatan semasa telah mencapai 85 peratus dengan kertas siasatan yang dibuka adalah sebanyak 6,113 kes,” ujar beliau. – MalaysiaGazette