Tangkap layar dari video yang tular

ALOR GAJAH – Seorang individu berdepan detik cemas apabila dipercayai menjadi mangsa samun di hadapan sebuah bank di Masjid Tanah di sini awal pagi semalam.

Menerusi video berdurasi 29 saat yang tular hari ini, kejadian dirakamkan berlaku kira-kira 6.17 pagi.

Berdasarkan rakaman itu, kelihatan dua lelaki bersenjata dipercayai parang sedang mendekati kereta dipandu individu berkenaan.

Bagaimanapun, pemandu berkenaan sempat mengundurkan kereta dalam keadaan cemas sehingga merempuh sebuah kenderaan lain yang diletakkan di hadapan premis berkenaan.

Dua lelaki terbabit kemudian cuba membuka pintu belakang kereta mangsa, namun mangsa sempat melarikan diri.

Kedua-dua lelaki bertopeng itu kemudian dilihat menaiki sebuah kenderaan lain yang menunggu di bahu jalan dan bergerak ke arah bertentangan.

Setakat pukul 4 petang ini, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast