Kad pelajar yang dikongsi oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyabung pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Dalam pengumuman yang dibuat di media sosial, Ahli Parlimen Bera itu yang berkongsi kad pelajar yang diperolehi tidak memaklumkan pengkhususan yang ambil.

Ismail Sabri turut meluahkan beliau tidak menyangka bahawa masih berkemampuan untuk melanjutkan pengajian walaupun sudah berusia 64 tahun.

“Alhamdulillah hari ini dapat kad pelajar. Rasmi hari ini saya jadi pelajar.

“Tak sangka tua-tua masih jadi pelajar. Inilah yang dikatakan belajar sepanjang hayat,” katanya.

Perkongsian ringkas yang mendapat lebih 10,000 reaksi tersebut mengundang pelbagai komen daripada pengikut Facebook Ismail Sabri.

Rata-rata mengucapkan tahiah kepada bekas Perdana Menteri ke-9 itu dan mendoakan dipermudahkan segala urusan ketika menyambung pelajaran.

“Tahniah YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ini menjadikan kami bersemangat jugak untuk berjuang sambung belajar. Jangan ponteng kelas ye tok,” komen Lola Born Zhye.

“Alhamdulillah dan selamat maju jaya Datuk Seri. Semoga dipermudahkan urusan pengajian PHD. Ambik mode tesis ke?” tanya Azizul Rahman.

“Tahniah kepada Datuk Seri kerana berusaha melakukan pengajian sepanjang hayat. Moga proses pembelajaran Doktor Falsafah ini dipermudahkanNya,” doa Mohd. Mahadzir Mohammud.

Classmate saya di UUM dulu seorang pesara berumur lebih 60 tahun. Beliau berjaya tamatkan pelajaran diperingkat Ijazah Sarjana Muda. Tahniah Dato Seri,” kata Nor Azam Jaafar.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast