Serpihan pesawat di bawa keluar daripada lokasi kejadian nahas pesawat ringan BK160 Gabriel di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang. Foto WAN NABIL NASIR, 14 FEBRUARI 2024.

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bersabar dan menunggu hasil siasatan daripada Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) berhubung nahas pesawat di Kg Tok Muda, Kapar, Selasa lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sebarang kenyataan berhubung kemalangan udara itu hanya boleh dikeluarkan BSKU.

“Kenyataan nahas pesawat akan dikeluarkan. Siasatan akan dibuat oleh BSKU.

“Sebarang kenyataan fakta akan dikeluarkan BSKU,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Selasa lalu, sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel (nombor pendaftaran I-POOC), yang dikendalikan Air Adventure Flying Club berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, pada pukul 1.28 petang bagi penerbangan rekreasi.

Bagaimanapun pesawat itu terhempas dan terbakar di kawasan kelapa sawit berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Muda, Kapar, Klang.

Nahas tersebut menyebabkan dua mangsa Daniel Yee Hsiang Khoon, 30 dan Roshaan Singh Raina, 42, terkorban.

Pesawat ringan itu dipercayai tiada kotak perakam suara kokpit (CVR) dan perakam data penerbangan (FDR) serta sistem kedudukan sejagat (GPS). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast