BAITULMAQDIS – Seorang anggota Kabinet Perang Isarel membayangkan serangan dan pertempuran di Gaza akan diteruskan dalam bulan Ramadan.
The Juruselam Post melaporkan, dalam satu kenyataan yang dirakam, Benny Gantz berkata serangan di Gaza tidak akan berhenti sehingga Israel mendapatkan kembali semua tawanan yang ditahan di wilayah Palestin tersebut.
Kenyataan Gantz menjelang bulan Ramadan yang bakal disambut oleh umat Islam di seluruh dunia pada Mac tahun ini.
Penduduk Palestin di Gaza diserangan secara dahsyat oleh rejim zionis Israel sejak 7 Oktober lalu.
“Penjuang dan pemimpin Hamas mesti tahu: Gaza tidak akan mempunyai tempat dan bandar perlindungan, di atas atau di bawah tanah,” kata menteri itu dalam satu ucapannya.
“Serangan boleh berterusan sehingga bulan Ramadan. Jika tebusan tidak dikembalikan, kami akan memperluaskan perang ke Rafah. Kami sedang bersiap untuk ini, bekerjasama dengan rakan kongsi kami termasuk Mesir,” kata beliau.
Gantz berkata, Israel akan “memindahkan penduduk di Rafah ke kawasan selamat – dan mula beroperasi.”
Ketika ini lebih 1 juta pelarian dari serata Gaza tertumpu di Rafah selepas utara, tengah dan selatan wilayah itu dibom dan diserang oleh Israel.
Serangan Israel yang kini masuk bulan kelima telah membunuh sekurang-kurangnya 28,775 penduduk Palestin termasuk bayi, kanak-kanak, wanita dan orang tua.
Serangan turut mencederakan lebih daripada 68,552 yang lain, dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.
Pembunuhan beramai-ramai Israel ke atas Gaza telah mendorong 85% penduduk wilayah melarikan diri ke Rafah di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.
Mahkamah Keadilan Israel sebelum ini menggesa Israel menghentikan pembunuhan beramai-ramai dan mengambil langkah-langkah untuk menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza.- Agensi